Posts

Ibubapa perlu ubah diri dan menjadi contoh pada anak-anak

Image
Assalamualaikum wbt. Bertemu dalam satu perkongsian dan pengalaman dalam mendidik anak-anak supaya cintakan Al-Quran dan As-Sunnah. Pendidikan anak-anak kita bermula daripada mereka kecil lagi di mana kita sebagai ibubapa yang menjadi contoh dan cermin bagi anak-anak. Sama ada kita mahu anak kita menjadi seorang mukmin atau menjadi seseorang yang selain daripada mukmin kitalah yang mencorakkan personaliti mereka. Bagi, saya azam dan doa amat penting untuk ubah diri. Tinggalkan segala perkara yang salah dan haram serta amalkan segala yang diperintahkan Allah ke atas setiap hamba-hambaNya. Cakap memang mudah tapi kena ada keyakinan dan azam yang kuat. Yang paling penting, ibubapa perlulah menjaga solat 5 waktu. Ini adalah asas dan juga rukun yang selalu orang remehkan. Sebabnya ia adalah tiang agama. Perlahan-lahan solat akan mengubah kita ke langkah seterusnya untuk kita belajar tentang agama dengan lebih mendalam. Anak-anak kecil bila lihat ibubapa mereka solat, m